Follow me on Twitter RSS FEED

Herba “Bio-J”

Posted in

Minuman Herba Bio-J



Keratan Akhbar


Menyerahkan Minuman Herba “Bio-J” kepada Pengerusi FAMA Malaysia. Untuk tujuan pemasaran One Malaysia. Nasar Teguh Trading akan berkerjasama bersama FAMA.



Pengerusi Nasar teguh Trading, Profesor Dato Dr Badaruddin bersama wartawan mengadakan sesi perjumpaan berkenaan Minuman Herba “Bio J”


Y. Bhg. Tan Sri Dato Seri Ismail Merican, Ketua Pengarah KKM bersama Prof. Datuk Dr. Badaruddin Nordin selaku Pengerusi Nasar Teguh Trading, Pengasas Minuman Herba “Bio-J”.


YTH Prof Dr Haji Achmad Syahrani, Apt, MS dari Department Pharmaceutica Chemistry, Universiti Airlanggar, Indonesia bersama Prof Dato' Dr Badaruddin Nordin, Pengerusi Nasar Teguh TradingMembincangkan berkenaan Minuman herba“Bio-J”

Buah Hayat - Insyallah Mujarab untuk Pesakit Jantung & Migrain

Posted in
Air herba ini unik kerana khasiat yang dihasilkan mempunyai Acid Gallic yang tinggi. Kajian telah dibuat di Universiti Tempatan dan di Kolej Lincoln. Mempunyai ciri-ciri terapi yang baik kepada Jantung dan mendapati kandungan utamanya boleh memecahkan kolestrol. Antioksida yang terdapat dalam buah ini memainkan peranan penting dalam pencegahan atau penangguhan kejadian penyakit. Hasil dari testimoni, pesakit jantung dan sakit kepala amat berkesan. Kajian air herba yang dijalankan ini memberi kesan yang baik pada pesakit. InsyaALLAH. Buah ini diproses 100% tanpa menggunakan sebarang bahan kimia dan amat baik digunakan sebagai minuman air herba untuk jantung dan sebagainya.

Kelebihan Buah Hayat :- 

  • Mujarab untuk saluran jantung tersumbat serta melancarkan peredaran darah / Kanser

  • Strok (Angin Ahmar)

  • Mujarab untuk Sakit Kepala (Migrain).

  • Meningkatkan kadar tenaga kepada tubuh badan.

  • Membantu menurunkan kadar gula dalam darah.

  • Membantu menurunkan tekanan darah.

  • Membantu sistem penghadaman badan.

  • Membersihkan paru-paru.

  • Membersihkan buah pinggang. 
» Jika penyakit berlarutan, dapatkan nasihat doktor.

Testimoni

Posted in
En Mat Edek B. Abd Rahman (Kundang, Selangor)

Mendapat Strok pada tahun Ogos 2009. Berusaha mendapatkan ubat tradisional dan lain2.Alhamdulilah setelah mengambil Minuman “Bio-J” Strok yang dialami beransur baik & bertenaga.






En Hanafiah Nordin (Sepang)


Mendapat penyakit jantung pada 2009. Sudah menjalani Anjogram, tetapi tidak berjaya, dinasihat menjalani by pass. Beliau berusaha mendapatkan rawatan cara tradisional sehingga mendapat tahu Minuman “Bio-J” boleh membantu. Beliau bertambah sihat dan disahkan tiada sumbatan jantung lagi.



Puan Zarina Binti Zainol (Kuala Kedah)


Menghadapi masalah jantung, lesu, darah tinggi dan kencing manis. Setelah mendapat tahu Minuman “Bio-J”. Beliau mencuba dan alhamdulilah masalah jantung dan penyakit-penyakit dapat diatasi.
 


En Ismail (Pegawai Waran – Komando)
Alhamdulilah. Terima kasih kepada Bio-J, kerana telah banyak merubah kehidupan saya. Kalau dahulu apa yg saya buat semua dalam keletihan, kini saya berjalan laju, menaiki tangga sehingga 3 tingkat. Berjogging tanpa mengah. Terima kasih pada Dato Bad kerana memperkenal Bio-J kepada saya.


En Jan Isman (55 Thn)

Berlaku sumbatan urat di bahagian leher akibat kemalangan  jalanraya. Menyebabkan kesakitan di leher dan dada. Dimaklumkan  pembedahan perlu dilakukan. Setelah diperkenalkan Minuman Herba “Bio-J” dan mengamalkannya, kesihatan saya beransur pulih. Alhamdulilah.

Roslan Safuan (Pemandu)
- Masalah Jantung
- Paru-paru
- Buasir

- Lemah badan / Lesu

Zainudin Bin Samat (Guru Besar Sek Tek Setapak)
- Masalah Pernafasan / Mengah
- Lemah badan / Lesu

Pn Rukimah Binti Marmin (Felda Gemas)
- Darah Tinggi
- Lemah badan / Lesu

En Zulkifli Harun
- Masalah Pernafasan / Mengah

En Mat (Selangor)
- Asma yang serius

En Zulkifli Harun

- Masalah Pernafasan / Mengah

Jantung bermasalah punca letih

Posted in

JIKA anda selalu berasa letih, kemungkinan besar jantung anda tidak memperolehi 'bahan bakar' yang diperlukan untuk menjadi sihat dan kuat. Bahan bakar ini ialah Koenzim Q10 (CoQ10). Ia adalah penting untuk mengeluarkan tenaga di peringkat selular. Saintis mendapati jantung mengandungi 10 kali ganda lebih banyak CoQ10 berbanding organ lain dalam badan. Ini kerana jantung adalah organ yang paling kuat bekerja dan ia berdegup sebanyak kira-kira 100,000 kali sehari. Tiada satu pun degupan itu boleh berlaku tanpa tenaga. Oleh kerana jantung merupakan organ yang bekerja tanpa henti, ia memerlukan tenaga yang amat banyak secara berterusan.

Di peringkat sel, tenaga dikeluarkan dalam mitokondria ('janakuasa') dan kerana jantung merupakan organ yang paling kuat bekerja, ia kaya dengan mitokondria yang menjana tenaga (sehingga sebanyak 5,000 pada setiap sel), lebih banyak daripada apa yang dijumpai dalam mana-mana tisu lain. Lebih banyak mitokondria yang ada dalam sel, maka lebih banyak tenaga ia boleh keluarkan. Oleh kerana CoQ10 itu penting untuk pengeluaran tenaga dalam mitokondria, maka tidaklah hairan jika jantung itu mengandungi berlipat ganda banyaknya CoQ10 berbanding mana-mana organ lain.
Mendapatkan tenaga tidak menjadi masalah semasa muda. Badan dapat mengeluarkan semua CoQ10 yang diperlukan oleh jantung. Tetapi apabila semakin tua, kita mengeluarkan semakin sedikit CoQ10.

Manfaat CoQ10 kepada jantung kini diterima umum oleh doktor. Beberapa kajian menunjukkan pembaikan yang konsisten dalam fungsi jantung bagi mereka yang mengambil CoQ10. Oleh kerana CoQ10 it begitu perlu untuk pengeluaran tenaga, sekiranya terdapat kekurangan maka sudah tentu ia akan menjejaskan fungsi jantung - ini belum lagi mengambil kira organ-organ lain.

Koenzim Q10 - Sebagai anti oksida yang berkesan

CoQ10 wujud di mitokondria, iaitu tempat di mana radikal bebas dijanakan. Sebagai sejenis anti oksida yang berkesan, CoQ10 telah terbukti dapat mencegah kerosakan mitokondria, dengan itu memelihara dan melindungi sistem tenaga kita.

CoQ10 - Untuk mencegah oksida kolesterol LDL

Penyelidikan telah memutuskan bahawa bukan semua kolesterol itu tidak berfaedah. Lipoprotein berdensiti rendah (LDL) dikenali sebagai 'kolesterol jahat' manakala Lipoprotein berdensiti tinggi (HDL) ialah 'kolesterol baik'. Lebih tinggi HDL adalah lebih baik. Sebenarnya, kolesterol LDL secara bersendirian tidak menjadi masalah, ia menjadi masalah hanya apabila ia dioksidasikan oleh radikal bebas. LDL yang dioksidasikan ini yang menimbun di dalam arteri kita serta membantu membina plak-plak, merupakan ciri pengerasan arteri.

Dalam aliran darah, CoQ10 diangkut oleh LDL. CoQ10 melindungi LDL daripada dioksidasikan oleh radikal bebas. Kajian mendapati lebih banyak CoQ10 yang terkandung dalam kolesterol LDL, maka lebih berkurangan kerentanannya terhadap pengoksidaan dan juga semakin kurang kemungkinannya untuk membentuk plak yang menyumbat arteri.

Vitamin E juga ialah sejenis anti oksida yang membantu melindungi pengoksidaan LDL. Sehubungan ini, CoQ10 memainkan peranan penting untuk membantu badan anda menyimpan lebih banyak vitamin E dalam aliran darah anda dengan hanya mengitar semula vitamin E supaya badan anda dapat menggunakannya secara berulang-ulang. Melindungi LDL daripada pengoksidaan merupakan suatu langkah yang amat penting untuk mengekalkan kesihatan jantung anda.

Hubungan CoQ10 dan Statin (Kumpulan Ubat untuk Menurunkan Kolesterol)

Statin (juga dikenali sebagai HMG-CoA Reductase Inhibitor) sudah dianggap sebagai sejenis ubat yang berkesan kerana ia bukan sahaja dapat menurunkan kolesterol secara mendadak tetapi juga mengurangkan risiko serangan jantung. Statin menghalang sintesis kolesterol dengan menyekat enzim HMG-CoA Reductase. Namun demikian, kesan ini juga menghalang pengeluaran CoQ10. Sejak tahun 1990, terdapat banyak kajian yang melibatkan manusia untuk menilai kesan statin dan CoQ10. Kajian-kajian ini mendapati penurunan ketara pada paras CoQ10 dalam jantung, otot rangka dan tisu hati selepas rawatan dengan ubat-ubat statin, terutama sekali apabila ubat-ubat ini diambil dengan dos yang tinggi.

Menurut seorang pakar jantung Peter Langsjoen, "Semua statin akan menyusutkan konsentrasi Q10 dikedua-dua paras darah dan paras selular." Dos yang lebih tinggi akan menyebabkan kesusutan CoQ10 yang lebih besar. Masalahnya ialah penyusutan ini berlaku secara perlahan sepanjang beberapa tahun, menyebabkan sukar untuk kita menyalahkan sesuatu kesan yang buruk tiga tahun kemudian (misalnya) kepada pengambilan statin. Penyusutan ini adalah amat bahaya bagi golongan tua, kerana apabila kita semakin tua paras CoQ10 kita menjadi semakin berkurangan.

Antara ubat Statin yang terdapat di pasaran Malaysia ialah: Lovastatin, Pravastatin, Simvastatin, Fluvastatin dan Atorvastatin (Sumber: MIMS Malaysia, Edisi ke 97, 2004).

Kajian menunjukkan penyusutan CoQ10 akibat daripada penggunaan statin boleh dicegah dengan mengambil suplemen. Lagipun, pengambilan suplemen CoQ10 tidak menjejaskan keupayaan statin untuk menurunkan kolesterol. Menurut Langsjoen, menggabungkan CoQ10 dengan statin bukan sahaja dapat mencegah penyusutan CoQ10, tetapi juga mungkin boleh meningkatkan keberkesanan ubat statin dengan mengurangkan pengoksidaan kolesterol LDL (kolesterol 'jahat'). Kesimpulannya: Statin adalah berkesan untuk menurunkan kolesterol. Walaubagaimanapun, jika anda sedang mengambil statin atau berhajat untuk mengambilnya, bincangkan dengan doktor anda tentang pengambilan suplemen CoQ10 bersamanya.

Mengambil suplemen CoQ10 larut air

Suplemen CoQ10 bukan sahaja untuk mereka yang mengambil ubat statin. Ahli kardiologi Dr. Langsjoen telah memberi suplemen CoQ10 kepada beribu-ribu pesakit, dan beliau berpendapat kita tidak sepatutnya menunggu sehingga kita mengalami masalah jantung barulah hendak mengambil CoQ10. Beliau pecaya mengambil CoQ10 bermula dari pertengahan umur (apabila kemerosotan CoQ10 bermula), akan memberi kesan perlindungan kepada mitokondria jantung dan membantu memelihara fungsi jantung.

Bentuk tradisi suplemen CoQ10 tidak mudah diserapkan oleh badan (serbuk CoQ10 yang disampaikan dalam minyak soya dan dimasukkan ke dalam kapsul-kapsul gel lembut, pil-pil yang berasaskan serbuk dan gelatin-gelatin keras yang berisi serbuk). Masalahnya ialah saiz zarah CoQ10 adalah amat besar, tidak larut air, dan tidak begitu larut dalam lipid yang menyebabkannya sukar untuk badan menyerapinya.

Sebuah syarikat Amerika berjaya membangunkan proses "Biosolv" yang dipatenkan yang dapat mengecilkan saiz zarah CoQ10 daripada 25 hingga 70 mikron kepada 0.3 mikron - bahkan lebih kecil daripada bakteria! Dengan menggunakan proses ini, molekul CoQ10 menjadi begitu kecil sehingga ia menjadi "larut air" (hydrosoluble). Umumnya, lebih kecil saiz zarah itu maka lebih baik lagi penyerapan. Oleh itu, dengan CoQ10 yang larut air lebih banyak CoQ10 dapat diserapkan ke dalam aliran darah untuk memberikan lebih banyak manfaat kepada anda.

Maklumat dalam artikel ini adalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan seharusnya tidak digunakan sebagai ganti nasihat kesihatan peribadi. Jika anda sedang mengalami masalah kesihatan, anda dinasihatkan supaya berjumpa dengan pengamal pakar kesihatan.